Posts

KL: 4.0

KL, Kuala Lumpur. Aku tiba lagi di sini.                 Tatkala ini Malaysia baru selesai PRU13. KL masih panas. KL masih bergelora. KL masih bingung. Poster-poster parti politik masih belum ditanggal dan diturunkan. Perhimpunan dan perarakan membantah penyelewengan dalam PRU diadakan di merata sudut KL. Pakatan Rakyat gagal menguasai kerajaan pusat, hanya memenangi tiga buah negeri. Barisan Nasional kekal berkuasa walaupun dengan majoriti yang tipis.                 Berkenalan di facebook, ditugaskan menyasarkan tokoh-tokoh anak muda yang menyebelahi penentang kerajaan, dengan berpura-pura tertarik pada agama Islam, aku menemui profil kamu yang popular di facebook. Aku memperkenalkan diriku sebagai pengkaji budaya bangsa Melayu. Begitu mudah ia terjadi.                 Kepada engkau, lelaki berwajah lonjong yang berlagak hero, selamat bertemu, aku sesungguhnya mahu saja katakan kepadamu tanpa berkias-kias: engkau bodoh, menjadi ulat-ulat perosak kepada agama, bangsa, dan tanahairmu …

TARIKH MELAYU

SURAT KEPADA IBU MERTUAKU

BAGAIMANA MINORITI MENGALAHKAN MAJORITI

LOGIK